Assalamualaikum. Hoho.. first entri untuk blog aku nih, tak tahu nak start dengan apa, tulis je la pasal mancing ye dak memandangkan aku ni seorang pemancing yang tak berapa nak tegar.. hahaha.
Orait, aku nak share tentang pengalaman, teknik, umpan dan timing yang sesuai untuk menjerat patin di Sungai Dengkil ni. Kat sini kalau korang nak tahu, memang lubuk ikan patin. Rata-rata pemancing yang turun sini memang mencari patin je. Kalau kena teknik dan timingnya, In Shaa Allah tak kumpau.. haha.
|
Lesen pertama di Sungai Dengkil |
Wattehell?!! Haha.. Ini bukan patin ye kawan-kawan. Ini ikan bandaraya, ikan yang melekap dekat cermin akuarium korang kat rumah tuh. Ikan ni aku dapat masa first time turun mancing kat sini. Time ni aku pakai perambut udang berumpankan roti canai. Haha gila nampak sangat nubisnye nak mancing patin pakai perambut udang. Lepas tragedi bandaraya ni barulah aku research banyak-banyak macam mana nak menjerat ikan patin.
TEKNIK
Gunakan perambut gantung. Boleh tengok dekat gambar. Pakai tali mono dalam setengah depa dan buat dropper loop knot. Ikatan dropper loop ni korang google la sendiri ye.. senang je. Aku guna tali mono 40lb - 60lb, buat dropper loop dan bahagian yang pendek lebih kurang sejengkal lebih tu aku ikat mata kail dan yang panjang pulak aku ikat batu mati bulat (yang ada pin tu).
|
Gambar dari p.net
|
|
Batu Mati Bulat |
UMPAN
Umpan nak memancing patin kat Sungai Dengkil ni senang je. Korang boleh guna roti Gardenia, roti canai separuh masak atau buah ara. Ada juga yang berjaya naikkan patin pakai umpan cengkerik atau umpan tapa. Untuk roti Gardenia, korang boleh potong dadu, potong separuh atau guna sekeping teruih pun takdak hal. Boleh juga dicampur perisa strawberry, pandan atau kosong saje pun boleh. Macam aku, biasanya aku pakai sekeping terus roti Gardenia kosong.
Umpan roti canai separuh masak tu boleh beli di Restoran Regal kat Pekan Dengkil tu. Bagitau je kat mamak tu nak roti canai umpan.
|
Sunggu enak dimakan begitu saja
|
|
Buah Ara |
TIMING
Mengikut pengalaman, bagi aku waktu malam lebih kurang potensi nak kumpau.. Haha. Maybe sebab air lebih sejuk. Timing yang cantik waktu petang lepas Asar sampai 10, 11 malam atau dari pukul 5 pagi atau 6 pagi sampai lah ke pukul 9 atau 10 pagi. Ini berdasarkan pengalaman aku je, kalau dah rezeki, bila-bila masa mancing pun boleh naik hasil.
*************************************
Cemerlang bohhh!
ReplyDeletetq bohhh
DeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteTerbaek patin ni.Ade lokasi x tuan.
Aziz-019-3143 173.Boleh wassap?
Salam, waze je Pekan Dengkil tuan. Sungai memang bersebelahan je..boleh pacak sepanjang sungai
DeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteTerbaek patin ni.Ade lokasi x tuan.
Aziz-019-3143 173.Boleh wassap?
SalAm tuan .. mate pkai bahagian yg pnjang ke pendek??? Dlm gmbar tgk mate bahagian panjang tp tuan ckp mate pkai bahagian pendek.. yg mane 1..
ReplyDeleteWassalam tuan.. sebenarnya dua2 bahagian boleh tuan. Saya try dua2 proven dah. Saya cadangkan guna bahagian yg panjang ya
DeleteAssalamualaikum tuan ..buah ara tu pakai macamane..racik buat sate ke cangkuk sebiji
ReplyDeleteWaalaikumussalam tuan.. Buah ara tu potong dadu lepas tu cangkuk buat sate je
Delete8CENT.COM : MEMBELI BELAH DENGAN MUDAH
ReplyDeleteSebagaimana kita tahu pada zaman kemodenan ini pelbagai teknologi telah memudahkan urusan seharian kita.
Antara teknologi yang sedang hangat pada hari ini adalah perniagaan atas talian, dimana segala urusan jual beli hanya atas talian. Tidak perlu lagi untuk kita bersusah payah membeli barang keperluan kita dengan menaiki kereta menuju ke kedai yang jauh.
Sepertimana kita tahu pada hari ini ramai diantara masyarakat malaysia yang menceburi bidang perniagaan atas talian. Walaubagaimanapun rakyat malaysia mempunyai semangat yang tinggi untuk mencuba berniaga secara atas talian. Hari demi hari kita dikhabarkan oleh pihak media dimana adanya laman web untuk jual beli barang keperluan seharian. Salah satu laman web perniagaan yang terkenal adalah mudah.my, kemudian wujud yang lain seperti lazada dan shoppee.
Setelah kewujudan laman web perniagaan tersebut, muncul satu lagi laman web perniagaan atas talian yang bernama “8 Cent Malaysia Sdn Bhd” dimana ianya menjual pelbagai barang keperluan seharian dan sesuai bagi semua peringkat umur di laman web www.8cent.com .
Menariknya tentang laman web 8cent Sdn Bhd ini adalah mudah difahami struktur laman web dan mudah digunakan untuk membeli barang keperluan seharian.
Selain itu laman web perniagaan atas talian 8Cent Malaysia Sdn Bhd juga kerap juga mengadakan jualan murah sebanyak 50%, 80% dan tidak ada bayaran cukai barang. Berbanding dengan laman web perniagaan lain hanya mengadakan promosi atau jualan murah pada hari tertentu dan menetapkan beberapa peratus cukai barang. Seterusnya laman web perniagaan 8 Cent Sdn Bhd juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan.
Akhir sekali, kita sebagai pelanggan haruslah mengutamakan aspek berjimat cermat dalam perbelanjaan. Tidak semua kedai harga sama atau mahal, jika kita bijak membuat pilihan sudah tentu ianya memberikan kepuasan dan keuntungan pada diri kita.
Untuk keterangan lanjut, layari
---->> https://www.8cent.com <<------
Dah empat hari berturut turut ambo ngail di area Dengkil, Jenderam....sg Buah..tp amat menghampakan. Orang kata, ada pencemaran di Hulu Sungai Langat. Rasa macam sungai kena tuba pun ada. Tak pernah rasanya sesunyi ikan patin macam ni, ralat pula rasanya patin tak naik. Last patin Naik di Jambatan Besi bersebelahan Taman Pinggiran Putra seberat hampir ,4kg sewaktu selesai solat maghrib. Alhamdulillah masih hidup sehingga kini. Ambo wat pero dumoh huhu. In syaa Allah, Ada rezeki, akan naik jua. Kolam pun kolam la hahaha
ReplyDeleteBoleh bawak balik ke ikan ?
ReplyDeleteSkrg ada lagi tk port tu.. saya newbie baru nk mancing.. joran baru beli tpi murah
ReplyDeleteade je boss..
Delete