Wednesday, March 15, 2017

Memancing Ikan Patin di Sungai Dengkil

Assalamualaikum. Hoho.. first entri untuk blog aku nih, tak tahu nak start dengan apa, tulis je la pasal mancing ye dak memandangkan aku ni seorang pemancing yang tak berapa nak tegar.. hahaha.

Orait, aku nak share tentang pengalaman, teknik, umpan dan timing yang sesuai untuk menjerat patin di Sungai Dengkil ni. Kat sini kalau korang nak tahu, memang lubuk ikan patin. Rata-rata pemancing yang turun sini memang mencari patin je. Kalau kena teknik dan timingnya, In Shaa Allah tak kumpau.. haha.

Lesen pertama di Sungai Dengkil


Wattehell?!! Haha.. Ini bukan patin ye kawan-kawan. Ini ikan bandaraya, ikan yang melekap dekat cermin akuarium korang kat rumah tuh. Ikan ni aku dapat masa first time turun mancing kat sini. Time ni aku pakai perambut udang berumpankan roti canai. Haha gila nampak sangat nubisnye nak mancing patin pakai perambut udang. Lepas tragedi bandaraya ni barulah aku research banyak-banyak macam mana nak menjerat ikan patin.

TEKNIK

Gunakan perambut gantung. Boleh tengok dekat gambar. Pakai tali mono dalam setengah depa dan buat dropper loop knot. Ikatan dropper loop ni korang google la sendiri ye.. senang je. Aku guna tali mono 40lb - 60lb, buat dropper loop dan bahagian yang pendek lebih kurang sejengkal lebih tu aku ikat mata kail dan yang panjang pulak aku ikat batu mati bulat (yang ada pin tu). 


Gambar dari p.net


Batu Mati Bulat

UMPAN

Umpan nak memancing patin kat Sungai Dengkil ni senang je. Korang boleh guna roti Gardenia, roti canai separuh masak atau buah ara. Ada juga yang berjaya naikkan patin pakai umpan cengkerik atau umpan tapa. Untuk roti Gardenia, korang boleh potong dadu, potong separuh atau guna sekeping teruih pun takdak hal. Boleh juga dicampur perisa strawberry, pandan atau kosong saje pun boleh. Macam aku, biasanya aku pakai sekeping terus roti Gardenia kosong.

Umpan roti canai separuh masak tu boleh beli di Restoran Regal kat Pekan Dengkil tu. Bagitau je kat mamak tu nak roti canai umpan.


Sunggu enak dimakan begitu saja



Buah Ara

TIMING

Mengikut pengalaman, bagi aku waktu malam lebih kurang potensi nak kumpau.. Haha. Maybe sebab air lebih sejuk. Timing yang cantik waktu petang lepas Asar sampai 10, 11 malam atau dari pukul 5 pagi atau 6 pagi sampai lah ke pukul 9 atau 10 pagi. Ini berdasarkan pengalaman aku je, kalau dah rezeki, bila-bila masa mancing pun boleh naik hasil.


*************************************

So, tu je lah yang aku boleh share dengan korang based on pengalaman aku mancing kat Sungai Dengkil ni. Boleh cuba, taknak cuba pun takpe tapi inilah teknik yang kebanyakan orang gunakan kat sini. Kat bawah ni aku letak hasil-hasil yang pernah aku naikkan kat Sungai Dengkil nih. Layannnnnnn..


Patin pertama aku naikkan sepanjang mancing kat sini. Dari pagi ke tengah hari membangau, datang sorang brader ni suruh aku pakai buah Ara. Aku pun kutip 2,3 bijik, potong dadu buat sate campak 5 minit terus kena henjut.. Haha. Trimas kepada brader hensem tersebut.

Mancing tengah hari buta camni alamat membangau jela woiii!
Itu makan diaaaa.. Pakai plak lengan pendek.. Tangan berbelang.. Hahahahaahah 😂😂😂
Ada hasillll!!
Al Fatini
Bentang tikar, bukak dapur masak megi pukul 3,4 pagi..layan siakkk
Sedap hingga menjilat jari kaki
Saiz-saiz camni pun dah cukup membuatkan rod korang sujud menyambah tanah.. Haha
Keli Sado
Ni aku dapat dalam pukul 7.30 pagi. Time ni dah nak blah dah cari port baru. Tiba-tiba sekali lagi rod aku sujud menyembah tanah. Dengan pancang yang aku pacak dalam tanah tu pun bengkok dibueknyoo. Kira rekod terberat aku la ni.. Huhu
Kena cari bekas besar lagi pasni


Tu je lah kot. Banyak lagi gambar tapi malas nak haplod semua. Buat masa ni aku dah stop mancing kat Dengkil ni sebab orang rumah dah tak lalu makan patin. Dah muak katanya.. Kehkeh.

Assalamualaikum.

TEMPAHAN AISKRIM KON MURAH SEKITAR KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Assalamualaikum W.B.T.. Kami dari syarikat Hazimas Enterprise menawarkan khidmat katering aiskrim kon dengan harga yang murah dan berpatut...